+Follow
Dashboard
Madrasati Jannati

MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com
Listen to this yaa !
Credits..
Template by : Nurul lzzati
Image by : we❤it
Background : nabiyha / cherrybam



Sunday, 27 May 2012
They're the one, our appreciation for them "TEACHERS @ 01:03
0 talkative person(s)

Selamat Hari Guru 2012. Tanggal 16 Mei 2012 merupakan hari istimewa untuk guru-guru di Malaysia ni kerana esok merupakan Hari Guru. Mesti ramai yang tidak ingat tarikh Hari Guru ni kan terutamanya bagi mereka yang telah bekerja dan telah lama meninggalkan alam persekolahan ni. 
Dari tadika, sekolah rendah masuk pula ke sekolah menengah sehingglah melangkah masuk ke kolej, agak-agak korang berapa ramai dah guru yang telahpun mendidik dan mencurahkan ilmunya pada korang semua? Sudah terlalu banyak ilmu yang telah diberi dan begitu besar pengorbanan mereka kepada anak bangsakan.

Sejarah Hari Guru

Kenapa tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia ni? Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tema Hari Guru 2012

Here is how to get sponsored to travel London during the Olympics
Tema Hari Guru tahun 2012 ni ialah “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”. Guru Inovatif adalah guru yang mampu membuat transformasi (perubahan) anjakan paradigma dalam konteks  mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau kaedah yang sesuai dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik. Atas dasar itu, guru haruslah berperanan untuk menggarap elemen-elemen inovasi di dalam melonjak transformasi pendidikan negara.
Sempena menyambut Hari Guru ni, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia. Semoga segala ilmu yang dicurahkan akan menjadi satu pegangan berguna kepada para pelajar untuk dijadikan panduan di masa hadapan kelak. Buat para guru pula, teruslah mencurahkan ilmu kepada anak bangsa dengan penuh keikhlasan dan kesabaran, mudah-mudahan akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

AKTIVITI YANG DIADAKAN 

Bermula pada pukul 8.30 , bermulanya aktiviti yg telah dirancang .. Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan baik.. Aktiviti yg pertama dilakukan ialah perarakan dari guru dr setiap kumpulan.Dengan penuh bangga lagi bergaya,para guru yg hensem dan comel melangkah masuk ke gelanggang ..
Snow White
keramaian pelajar yg sedang asyik menyaksikan perarakan guru
Belle :)
Cinderella :D

okay , that's all for today .. see you guys at the next entry yo ! ;)




❤ older posts / / newer posts ❤